Mahkamah Tolak Permohonan Uthayakumar Untuk Sapina Gordon Brown

Diterbitkan: Jumaat, 12 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini Jumaat menolak permohonan P.Uthayakumar supaya mahkamah mengeluarkan sapina untuk menemu bual bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, berhubung perbicaraan kes hasutan yang dihadapinya (Uthayakumar).

Hakim, Amelia Tee Hong Geok Abdullah membuat keputusan itu atas alasan bahawa Brown tidak mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

Katanya, mahkamah tidak nampak mengapa mahkamahnya perlu mengeluarkan sapina bagi membolehkan pemohon menemu bual dan menerima arahan bagi kes pembelaan.

Peguam kepada Uthayakumar, M.Manoharan memberitahu pemberita bahawa pihaknya akan membuat rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan.

Uthayakumar dikatakan melakukan perbuatan yang cenderung ke arah menghasut dengan menulis sepucuk surat kepada Gordon Brown, yang pada masa itu menjadi Perdana Menteri United Kingdom di alamat 10, Downing Street, London, United Kingdom.

Kesalahan tersebut dikatakan dilakukannya di No 135-3-A, Jalan Toman 7, Kemayan Square, Seremban, Negeri Sembilan pada 15 November 2007.

Uthayakumar menghadapi satu tuduhan pindaan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948.

Jika didapati bersalah, Uthayakumar boleh didenda maksimum RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama dan kesalahan yang berikutnya boleh dikenakan hukuman penjara maksimum selama lima tahun.

Uthayakumar telah memfailkan satu permohonan pada Julai (tahun ini) di Mahkamah Tinggi supaya mengeluarkan satu sapina kepada bekas Perdana Menteri United Kingdom, Gordon Brown untuk menemu bualnya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwaraya, Noorin Badaruddin memberitahu mahkamah bahawa kes di Mahkamah Sesyen masih lagi di peringkat pendakwaan dan pihak pendakwa telah memanggil tiga saksi dan akan menutup kes pada 23 Oktober 2012. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan