Suri Rumah Gagal Dapatkan Ganti Rugi RM1.6 Juta Atas Kematian Suaminya

Diterbitkan: Khamis, 11 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Isteri kepada seorang peniaga pasar borong yang meninggal semasa dalam tahanan polis pada 1999 gagal mendapatkan ganti rugi kira-kira RM1.6 juta daripada bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Norian Mai dan kerajaan Malaysia.

Ini susulan keputusan panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan di sini pada Rabu yang diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang tidak memberi kebenaran kepada Suzana Md Aris untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

Zulkefli berkata, kesemua hakim panel itu sebulat suara berpendapat bahawa permohonan Suzana yang diwakili peguam P. Uthayakumar tidak mempunyai merit dan gagal melepasi peruntukan Seksyen 96 Akta Mahkamah Persekutuan yang memberi kebenaran untuk merayu.

Pada 7 Oktober tahun lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan KPN dan kerajaan Malaysia dan menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang memberi ganti rugi kepada Suzana.

Selain Zulkefli, hakim lain ialah Datuk Hashim Datuk Yusoff, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Ahmad Maarop dan Datuk Seri Sulong Matjeraie.

Pada 20 Oktober 2009 Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa polis telah melakukan kecuaian setelah gagal mengambil langkah yang munasabah semasa Mohd Anuar Sarip, 31, yang berada dalam tahanan reman di lokap Balai Polis Rawang kerana disyaki penagih dadah.

Pada 30 Jun 2010, Mahkamah Tinggi memutuskan Suzana, 45, diberi ganti rugi hampir RM1.6 juta selepas membenarkan rayuan balasnya terhadap taksiran ganti rugi RM137,220 yang diperoleh suri rumah itu sebelum ini.

Mangsa meninggal dunia di dalam lokap pada 19 Ogos 1999 kerana menghidap radang paru-paru.

Suzana memfailkan saman pada 2000 terhadap DSP Ishak Hussin ketika itu Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Gombak; Ketua Polis Daerah, ACP Massari Hashim; Ketua Polis Negara ketika itu, Norian dan kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membatalkan saman terhadap dua pegawai polis berkenaan (Ishak dan Massari) dan memerintahkan hanya Norian, selaku KPN dan kerajaan sebagai majikannya bertanggungjawab membayar ganti rugi tersebut.

Dengan keputusan hari ini, Suzana turut gagal mendapat ganti rugi RM137,220. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan