Kontraktor Dipenjara Sehari, Didenda RM10,000 Kerana Rasuah

Diterbitkan: Khamis, 11 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang kontraktor pada Khamis dihukum penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan rasuah, Mac lepas.

Mahkamah turut memerintahkan Mok Thin Meng, 47, dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Dia membayar denda itu.

Mok didakwa secara rasuah memberi suapan wang tunai RM1,000 kepada Penolong Pengarah Tanah dan Galian, Bahagian Penguatkuasa dan Teknikal, Pejabat Tanah dan Galian Perak, Mohamed Nazrein Mohamad Salleh sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang kerana menduduki tanah kerajaan secara tidak sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Hentian Rehat dan Rawat Padang Tamat, Pengkalan Hulu pada pukul 12.05 tengah hari, 2 Mac lepas.

Pertuduhan dibuat menurut Sekyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum menurut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana yang lebih tinggi.

Tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, A Hafizh Abu Bakar. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan