Keputusan Permohonan Beku TOL Lynas 8 November Ini

Diterbitkan: Khamis, 11 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 8 November ini untuk keputusan permohonan pembekuan Lesen Operasi Sementara (TOL) kilang nadir bumi, Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, dekat sini.

Hakim Datuk Mariana Yahya memutuskan demikian atas alasan untuk meneliti secara terperinci tiga permohonan berkenaan TOL tersebut.

Permohonan tersebut membabitkan LAMP dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sebagai defendan dan penduduk Kuantan sebagai plaintif.

"Setelah mendengar hujah daripada ketiga-tiga pihak, saya menetapkan 8 November ini sebagai tarikh keputusan plaintif," katanya di sini, Rabu.

Penduduk Kuantan, yang diwakili Datuk Bastian Pius Vendargon, memohon supaya mahkamah membekukan TOL bagi menghentikan operasi LAMP.

Sementara itu, pihak LAMP, yang diwakili oleh Tan Sri Cecil Abraham, memohon perubahan afidavit untuk menjadi defendan ketiga.

AELB dan MOSTI yang diwakili oleh Peguam Persekutuan Kanan, Datin Azizah Nawawi memohon supaya TOL tidak dibekukan dengan alasan penduduk Kuantan bakal dikenakan tindakan saman oleh LAMP.

Dalam pada itu, kira-kira 100 penyokong penduduk Kuantan berkumpul di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuantan seawal pukul 7.30 pagi sambil memegang sepanduk masing-masing bagi menunggu keputusan permohonan berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan