Dua Lelaki Hadapi 167 Pertuduhan Guna Sistem Cop Duti Setem LHDN Palsu

Diterbitkan: Rabu, 10 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penghantar surat, Mohd Farid Dakoit, 29, (dua, kiri) dan pekerja am, Shahrul Farid Mohamad Yusop, 33, (dua, kanan) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, atas 167 pertuduhan memalsukan dokumen iaitu dengan mengecop duti setem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menggunakan sistem Frangki Digital yang palsu. Mereka didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Tetuan Desmond Chan & Co, Advocates & Solicitors, 27-02, Level 27, Centro, No: 8, Jalan Batu Tiga Lama, Klang dekat sini dan LHDN cawangan Klang, Tingkat 1, 1st Tower, Jalan Meru, Klang, antara 9 Feb lepas hingga 26 April lepas. -fotoBERNAMA

SHAH ALAM: Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 167 pertuduhan memalsukan dokumen, iaitu menggunakan sistem Frangki Digital palsu bagi mengecop duti setem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Mohd Farid Dakoit, 29, dari Taman Sri Pekan, Klang dan Shahrul Farid Mohamad Yusop, 33, dari Rantau Panjang, Klang, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di depan Hakim Asmadi Hussin.

Hakim Asmadi membenarkan mereka masing-masing diikat jamin RM75,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan menetapkan 7 November ini untuk sebutan semula kes.

Beliau turut memerintahkan Mohd Farid, seorang penghantar surat, dan Shahrul Farid, seorang pembantu am, melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang selatan pada Ahad pertama setiap bulan.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka melakukan 166 kesalahan bersama seorang lagi yang masih bebas, iaitu memalsukan satu dokumen membabitkan sejumlah RM106,000 bagi membuktikan pembayaran telah dilakukan kepada pihak LHDN.

Mohd Farid dan Shahrul Farid didakwa melakukan kesalahan itu di firma guaman Tetuan Desmond Chan & Co, Tingkat 27, Centro, No 8, Jalan Batu Tiga Lama antara 9 Feb lepas hingga 26 April lepas. Kedua-dua tertuduh bekerja di firma guaman itu.

Mereka juga didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas memalsukan dokumen membabitkan jumlah RM300 di LHDN Cawangan Klang, Tingkat 1, 1st Tower, Jalan Meru pada 1 Mac lepas.

Mohd Farid dan Shahrul Farid didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam K.Muthiah. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan