Mat Indera Pejuang Kemerdekaan - Mat Sabu

Diterbitkan: Selasa, 9 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memberitahu Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bahawa beliau menganggap Mohammad (Ahmad) Indera atau Mat Indera, yang memimpin serangan terhadap polis di Balai Polis Bukit Kepong, Johor pada 1950, seorang pejuang kemerdekaan.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata ini kerana beliau berpendapat setiap orang yang menentang penjajah British pada zaman sebelum negara mencapai kemerdekaan adalah pejuang kemerdekaan dan jika dilakukan selepas merdeka, mereka adalah pengganas.

Mat Sabu berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang mewakili Utusan Melayu (M) Bhd, pada perbicaraan kes saman fitnah beliau terhadap akhbar itu dan Ketua Pengarang Kumpulannya, Datuk Aziz Ishak.

Dalam penyataan tuntutan, Mat Sabu mendakwa defendan dengan niat jahat telah menerbitkan tiga artikel berbaur fitnah terhadapnya berhubung isu serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong.

Mat Sabu mendakwa penyiaran artikel itu, antara lain, menggambarkan beliau sebagai penyokong komunis dan telah keluar daripada ajaran Islam kerana mengiktiraf Muhammad Indera.

Prosiding di depan Hakim Datuk Seri Zakaria Sam hari ini turut menyaksikan rakaman video cakera padat (VCD) ceramah Mat Sabu di Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011 selama 13 minit.

Tayangan itu bertujuan mengesahkan kenyataan Mat Sabu berkaitan Mat Indera dalam ceramahnya dengan transkrip yang disediakan.

Terdahulu, Mat Sabu turut disoal berhubung kunjungan beliau ke Kampung Perdamaian Sukhirin, Thailand tiga tahun lepas untuk bertemu Abdullah CD, yang merupakan Pengerusi Parti Komunis Malaya.

Mat Sabu, yang diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin, bagaimanapun berkata beliau tidak mengetahui latar belakang Abdullah CD secara terperinci dan hanya mengenalinya sebagai orang biasa.

Perbicaraan disambung esok. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan