Lelaki Didakwa Bunuh Bapa Kandung Guna Kayu

Diterbitkan: Selasa, 9 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, Selasa atas tuduhan membunuh dengan menggunakan batang kayu bapa kandungnya yang merupakan seorang kontraktor, di Pelabuhan Klang di sini pada akhir bulan lepas.

D.Muthtamil, 22, didakwa membunuh S.Doraisamy, 58, dengan cara memukul mangsa di kepala di rumah No.3, Lorong Sungai Sama Gagah 18C, Taman Telok Gadong Indera, kira-kira pukul 6.20 pagi pada 29 September.

Tertuduh yang bekerja dengan bapanya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Muthtamil mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah terhadapnya.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan. Majistret Azlinda Ahmad Sharif menetapkan 26 Nov ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat.

Terdahulu, peguam Gerard Lazarus yang mewakili tertuduh memaklumkan mahkamah bahawa sejak ditangkap anak guamnya telah dipukul serta diseksa dan tertuduh juga ada mengemukakan nama alibi kepada pihak polis tetapi sehingga kini tiada sebarang siasatan dijalankan.

Sehubungan itu, beliau memohon agar anak guamnya dibenarkan untuk membuat laporan polis berhubung perkara itu. Azlinda kemudian membenarkan tertuduh membuat laporan polis di penjara Sungai Buloh.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ekhsan Hasim. Menurut laporan awal, mangsa ditemui mati dalam keadaan terlentang di atas lantai bilik tidurnya dengan kesan kecederaan di kepala.

Polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu juga disamun sebelum dibunuh kerana wang mangsa berjumlah RM2,500 dalam dompet hilang. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan