Penghantar Surat samun Wanita Dipenjara

Diterbitkan: Isnin, 8 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penghantar surat dihukum penjara 10 tahun sebulan dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, Isnin selepas mengaku bersalah menyamun seorang wanita dan memiliki sebilah parang dua minggu lalu.

Hakim S.M.Komathy mengenakan hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama terhadap T.Murugan dan penjara sebulan bagi pertuduhan kedua, dan memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap 24 September lalu.

Ketika membuat keputusan itu, Komathy berkata walaupun tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan yang dihadapi, kesalahan yang dilakukannya serius selain kes seumpama itu semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Murugan didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas menyamun seutas rantai leher emas bernilai RM3,200 milik peniaga Nurnafisha Baharudin, 30, di sebuah rumah di Taman Castlefield, Sungai Besi, Cheras di sini pada 11.30 pagi, 24 September lalu.

Bapa kepada seorang anak itu didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda dan disebat.

Dia juga didakwa memiliki senjata merbahaya iaitu sebilah parang tanpa kebenaran yang sah daripada pihak berkuasa di Jalan Tuanku Taman Salak Selatan pada 12 tengah hari tarikh yang sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun dan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shashita Mohamed Hanifa memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh bagi memberi pengajaran kepada orang ramai mengenai keseriusan kesalahan samun yang kini sering berlaku. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan