Kes Saman Teresa Selesai Selepas Utusan & Chamil Mohon Maaf

Diterbitkan: Isnin, 8 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Saman fitnah RM30 juta yang difailkan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim terhadap kolumnis Utusan Malaysia Datuk Chamil Wariya dan Utusan Melayu Sdn Bhd diselesaikan kedua-dua defendan memohon maaf secara terbuka kepada ahli politik itu.

Kedua-dua kenyataan maaf dibacakan di mahkamah terbuka oleh peguam Zalil Mohd Mess yang mewakili Chamil, yang juga Ketua Eksekutif Institut Akhbar Malaysia dan T.K.B. Mohana Kumar yang mewakili Utusan Melayu, sebagai sebahagian daripada penyelesaian di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer.

Peguam Kok, S.N.Nair memaklumkan mahkamah bahawa berdasarkan terma penyelesaian, defendan pertama (Chamil) perlu membaca permohonan maaf itu di mahkamah terbuka tanpa sebarang perintah atau kos.

Bagaimanapun, defendan kedua (Utusan Melayu) perlu membaca permohonan maaf itu dan membayar kos RM50,000 kepada Anggota Parlimen itu dan juga menerbitkan permohonan maaf itu dalam halaman sastera Mingguan Malaysia.

Dalam saman yang difailkan pada 12 Dis, 2008, Kok, yang juga exco kerajaan negeri Selangor, menamakan Chamil, penyumbang artikel bertajuk "Politik Baru YBJ" dan Utusan Melayu Sdn Bhd, yang menerbitkan artikel itu, sebagai defendan. Kok mendakwa artikel dalam Mingguan Malaysia itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa beliau adalah seorang politik yang anti-Islam dan anti-Melayu. Terdahulu Zalil semasa membacakan permohonan maaf itu berkata anak guamnya ingin menjelaskan bahawa karya fiksyen genre cerpen yang tersiar dalam akhbar Mingguan Malaysia itu bukan lagi karya aslinya dan sebilangan watak dalam cerpen itu telah diubah dan tidak sama dengan watak-watak tertentu dalam karya asalnya.

Zalil berkata segala pindaan yang dilakukan bukan sahaja tidak mendapat persetujuan Chamil malah beliau juga tidak dihubungi atau dimaklumkan langsung.

Sementara itu, Mohana membantah kenyataan Chamil yang dimasukkan dalam permohonan maaf itu dan meminta mahkamah merekodkannya.

Ketika membacakan permohonan maaf itu, Mohana berkata dalam melaksanakan hak sebagai penerbit akhbar Mingguan Malaysia, pihaknya telah menukar beberapa nama dalam skrip asal cerpen itu tanpa mengubah jalan ceritanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan