Adik Beradik Didakwa Beri Suapan Kepada Pegawai Polis

Diterbitkan: Isnin, 8 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Dua beradik yang bekerja sebagai buruh binaan mengaku tidak bersalah pada Isnin di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan dengan niat bersama memberi suapan RM1,850 kepada seorang pegawai polis, Khamis lepas.

Nik Fairoz Amri Nik Soh, 27, dan adiknya Nik Auzan Haris, 25, didakwa memberi suapan kepada Inspektor Mohd Hafizul Ashraff Mohammed dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu sebagai dorongan kepadanya untuk tidak mengambil tindakan ke atas mereka kerana memiliki dadah.

Dua beradik dari Kuala Berang, Hulu Terengganu itu didakwa melakukan kesalahan itu di Bilik No 12 Sederhana Inn, 1483 Tingkat 1, Ibai Landmark Gard, Jalan Tok Adis, Kuala Ibai di sini kira-kira pukul 8.55 pagi.

Mereka berdepan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi jika sabit kesalahan di bawah pertuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Hakim Wan Fadhilah Wan Idris menetapkan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan 19 Nov depan untuk sebutan kes. Mereka bagaimanapun gagal membayar wang jaminan.

Dua beradik itu kini ditahan reman bagi penyiasatan memiliki dadah mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Farah Yasmin Salleh manakala dua tertuduh diwakili peguam Nik Mohd Radhia Nik Abdul Ghani. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan