Isteri Didakwa Buat Pernyataan Palsu, Suami Didakwa Bersubahat

Diterbitkan: Jumaat, 5 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan membuat pernyataan palsu dalam borang umpukan saham dan borang pelantikan pengarah syarikat itu manakala suaminya didakwa bersubahat dengannya.

Nik Maisarah Nik Omar, 44, pengarah syarikat Neutral Vest (M) Sdn Bhd yang menguruskan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Desaru, Johor dan suaminya Mejar (B) Anuwa Mohammad Daud, 61, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Nik Maisarah, didakwa membuat pernyataan palsu di dalam borang 24 bertarikh 14 Dis 2005, berkaitan dengan umpukan saham sebanyak 499,998 unit saham syarikat itu dan membuat pernyataan palsu di dalam borang 49 bertarikh 6 Mac 2007, berkaitan dengan pelantikan suaminya sebagai pengarah syarikat itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 364 (2) Akta Syarikat 1965 yang membawa hukuman penjara 10 tahun atau denda RM250,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan bersubahat itu, Anuwa didakwa mengikut Seksyen 364 (2) Akta Syarikat 1965 dan dibaca bersama Seksyen 109, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman yang sama.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Tingkat 2, 10-18 Putra Place, 100 Jalan Putra di sini pada 6 Mac 2007.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Steve Chin Yun Cheong menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan mereka adalah serius dan membabitkan wang berjumlah hampir RM500,000.

Namun peguam Nathisha Zainul Rashid yang mewakili Anuwa memohon jaminan dikurangkan kepada RM10,000 kerana tertuduh masih menanggung dua daripada tiga anaknya serta ibu yang sudah tua manakala peguam M.Reza Hassan yang mewakili Nik Maisarah berkata jumlah jaminan itu akan membebankan anak guamnya.

Hakim Hasbi Hasan membenarkan Nik Maisarah dan Anuwa, masing-masing diikat jamin RM30,000 dan RM40,000 dengan seorang penjamin dan mereka perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 5 Nov untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan