Dua Lelaki Didakwa Bunuh Warga Emas

Diterbitkan: Jumaat, 5 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pekan di sini pada Khamis atas tuduhan membunuh seorang warga emas pertengahan bulan lalu.

R. Kaswan, 26, dan Lam Chan Hong, 35, didakwa membunuh Sh. Othman Sh. Bakar, 72, di Kilometer 16 Jalan Pekan-Nenasi pada pukul 1 tengah hari, 15 Sept lepas.

Mereka berdua didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Majistret Nordiana Abdul Aziz menetapkan 4 Dis ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan laporan bedah siasat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa raya Amalina Zainal Mokhtar manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum ini akhbar melaporkan kehilangan SH Othman selepas dipercayai dibawa dua lelaki dengan kereta dari kedai menjual peralatan pembinaan milik mangsa di Taman Peramu Makmur kira-kira 18 kilometer dari lokasi kejadian.

Mangsa dipercayai disamun sebelum dibunuh dan dibuang di kawasan terbabit, kira-kira 100 meter dari jalan utama. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan