Timbalan Naib Canselor UTHM Mengaku Tidak Bersalah Terima Rasuah RM15,000

Diterbitkan: Khamis, 4 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik dan Antarabangsa, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Prof Dr Abdul Aziz Abdul Samad, 52, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Baharu terhadap tuduhan meminta dan menerima suapan RM 15,000 daripada seorang kontraktor, pada 2010 dan tahun lepas di sini, pada Rabu.

-Foto BERNAMA.
Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik dan Antarabangsa, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Prof Dr Abdul Aziz Abdul Samad, 52, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Baharu terhadap tuduhan meminta dan menerima suapan RM 15,000 daripada seorang kontraktor, pada 2010 dan tahun lepas di sini, pada Rabu.

-Foto BERNAMA.

JOHOR BAHARU: Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, Rabu atas tuduhan meminta dan menerima rasuah RM15,000 daripada seorang kontraktor, pada Disember 2010.

Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad, 52, dituduh meminta suapan itu daripada Mohamad Anal Talhah, 41, sekitar Disember 2010.

Ia sebagai dorongan melakukan suatu transaksi dengan kononnya menolong Mohamad Anal mendapatkan kerja daripada Pejabat Pembangunan dan Pengurusan harta bina UTHM. Abdul Aziz juga dituduh menerima wang tunai berkenaan daripada Mohamad Anal, bagi dorongan sama yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, di Bank Muamalat, Cawangan UTHM, Parit Raja, Batu Pahat, pada 28 Januari 2011.

Kedua-dua pertuduhan terbabit dilakukan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, Abdul Aziz boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Abdul Aziz yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga B dan Ahli Lembaga Perolehan UTHM turut mengaku tidak salah atas satu pertuduhan pilihan iaitu menerima wang tunai RM15,000 terbabit daripada Mohammad Anal, pada tarikh dan menerusi akaun bank yang sama.

Dia dituduh melakukan kesalahan terbabit mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574), membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Abdul Ghafar Ab Latif menawarkan jaminan RM30,000 terhadap Abdul Aziz. Peguam Abdul Halem Mohamad Husin dan Shahrul Syazwan Salehin yang mewakili tertuduh bagaimanapun, merayu mahkamah mengurangkan jumlah ikat jamin atas alasan Abdul Aziz menanggung seorang isteri dan enam orang anak.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 November depan untuk sebutan semula kes. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan