Bekas Eksekutif Hamil Teresak-esak Selepas Dihukum Penjara 80 Hari

Diterbitkan: Khamis, 4 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang wanita yang hamil tiga bulan menangis teresak-esak selepas dihukum penjara 80 hari oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pecah amanah membabitkan wang majikan berjumlah RM60,651, tahun lepas.

Hakim Mat Ghani Abdullah hari ini turut memerintahkan bekas eksekutif akaun, Noraniza Idris, 25, membayar pampasan berjumlah RM40,000 kepada bekas majikan, Syarikat East West Freight Services Sdn Bhd.

Sekiranya gagal membayar pampasan tersebut pada atau sebelum 4 Feb tahun depan, tertuduh perlu menjalani tambahan hukuman penjara selama lapan bulan.

Noraniza didakwa melakukan kesalahan tersebut di premis syarikat di No.27-A, Jalan Berangan, Pelabuhan Klang, dekat sini, antara 29 Julai dan 7 Sept tahun lepas.

Wanita itu, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda.

Mengikut fakta kes yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Khairuddin, tertuduh muka berkhidmat di syarikat itu pada 7 April tahun lepas ditugaskan menjaga semua urusan perakaunan syarikat.

Pada November 2011, syarikat itu membuat semakan terhadap buku tunai dan mendapati baki akhir adalah RM3,031.52 iaitu kekurangan sebanyak RM1,929.32.

Pengadu, S.Chandra Sekaran, yang merupakan pengarah syarikat itu, telah menghubungi tertuduh dan wanita itu mengaku bahawa dia telah mengambil wang berkenaan untuk kegunaan sendiri.

Syarikat itu seterusnya menjalankan audit terperinci terhadap akaun syarikat dan mendapati lima keping cek syarikat dari EON Bank Group telah dimasukkan ke dalam akaun tertuduh serta suaminya sepanjang tempoh tertuduh bekerja di situ.

Lima cek itu telah ditandatangani pengadu dan seorang lagi pengarah syarikat iaitu Datuk Sin Siew Wah tanpa tertuduh memasukkan butir penerima. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan