Petugas DBKL Didakwa Ugut Ahli Perniagaan Guna Pisau - Berita Mahkamah | mStar

Petugas DBKL Didakwa Ugut Ahli Perniagaan Guna Pisau

Diterbitkan: Rabu, 3 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret pada Rabu terhadap pertuduhan mengugut seorang ahli perniagaan menggunakan sebilah pisau, minggu lepas.

Rashid Hamid, 28, didakwa mengugut Mohamed Ali Ibrahim, 53, dengan memegang sebilah pisau dengan niat hendak menyebabkan mangsa berasa cemas di 4-7-6, Jalan Peel, Cheras di sini, pada 5.30 petang, 28 Sepembert lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Rashid juga menghadapi pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan peralatan pejabat milik Mohamed Ali dengan niat menyebabkan kemusnahan di tempat, masa dan tarikh sama.

Bagi kesalahan itu, Rashid dari Wangsa Maju didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Zaki Asyraf Zubir membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 November untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wong Chai Sia manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan