Buruh Didakwa Miliki 129 Ekor Burung Murai Dilindungi

Diterbitkan: Rabu, 3 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, Rabu terhadap tiga pertuduhan memiliki 129 ekor Burung Murai Batu, spesies burung yang dilindungi di negara ini.

Abd Rahim Tahir, 48, dari Pasir Gudang, didakwa memiliki burung Murai Batu berkenaan iaitu 90 ekor burung jantan, 25 ekor burung betina and 14 ekor anak burung di perairan Teluk Ramunia, Pengerang di sini pada 11.15 pagi, 26 September lepas.

Burung tersebut yang nama saintifiknya Copsychus malabaricus adalah haiwan terlindung di bawah jadual pertama Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Bagi pertuduhan mengambil dan menyimpan 50 ekor burung Murai Batu jantan itu, Abd Rahim didakwa mengikut Seksyen 60(2), Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000, penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia dituduh mengambil dan menyimpan 25 ekor burung Murai Batu betina mengikut Seksyen 62 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya. Bagi pertuduhan mengambil dan menyimpan burung Murai Batu yang tidak matang iaitu 14 anak burung itu, dia didakwa mengikut Seksyen 61 akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Ketika ditanya Majistret Nor Shahid Ab Malik kenapa dia mempunyai jumlah burung yang banyak dalam simpanannya dan sama ada dia tahu burung itu adalah haiwan terlindung, Abd Rahim berkata dia tidak tahu burung itu adalah haiwan terlindung dan mendakwa dia menyimpannya untuk seorang kawan.

Nor Shahid yang kemudiannya menetapkan 10 Okt sebagai tarikh sebutan semula kes itu telah meminta Abd Rahim mendapatkan khidmat peguam bela bagi mewakilinya dan membenarkan dia diikat jamin RM15,000 untuk setiap pertuduhan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Jabatan Perhilitan Johor Shamsul Hakim Ahmad. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan