Lapan Anggota Sindiket Cukai Jalan Ditahan Reman Empat Hari - Berita Mahkamah | mStar

Lapan Anggota Sindiket Cukai Jalan Ditahan Reman Empat Hari

Diterbitkan: Selasa, 2 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan perintah tahanan reman selama empat hari bermula Selasa terhadap lapan lelaki bagi membantu siasatan kes memperbaharui cukai jalan kenderaan tanpa mengikut prosedur.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Shamsol Azwa Martadza selepas pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya Mohamad Zamazuwarey Zahari mengemukakan permohonan itu.

Kesemua suspek berumur antara 38 hingga 56 tahun itu ditahan di sekitar Ipoh, Manjung, Taiping dan Batu Gajah bermula 8.30 pagi hingga 2.50 petang semalam.

Mereka dipercayai anggota sindiket yang menjalankan kegiatan memperbaharui cukai jalan kenderaan yang diseludup dan tamat tempoh melebihi setahun.

Mohamad Zamazuwarey ketika ditemui pemberita berkata kesemua suspek dipercayai orang awam yang bergiat aktif sebagai orang tengah dalam kegiatan tersebut.

"Proses memperbaharui cukai jalan pemilik kenderaan perlu mengikut prosedur yang betul tetapi mereka (pemilik) guna sindiket ini yang menjalankan kegiatan perbaharui cukai jalan dengan cara 'mengelak' pelbagai prosedur," katanya dan menambah ia menawarkan perkhidmatan kepada pemilik kereta dan motosikal.

Menurut laporan akhbar semalam, sindiket yang bergiat aktif sejak beberapa tahun lepas itu dipercayai menawarkan perkhidmatan bagi memperbaharui cukai kenderaan tamat tempoh melebihi setahun tanpa perlu pemeriksaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Puspakom.

Sindiket ini juga menawarkan khidmat memperbaharui cukai kenderaan kepada pemilik yang terlibat kemalangan, kereta potong, mengubah kapasiti enjin dan yang tidak memenuhi spesifikasi.

Kegiatan yang mampu mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit itu beroperasi di Pahang dan Perak serta dipercayai didalangi orang dalam agensi yang terlibat.

SPRM mengesan dan menyita 30 kereta yang menggunakan khidmat sindiket itu dan percaya lebih banyak kenderaan terlibat. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan