Bekas Isteri Dakwa Bekir Miliki RM700 Juta Dalam 111 Akaun

Diterbitkan: Selasa, 2 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa diberitahu bahawa Timbalan Pengerusi Kumpulan Cahaya Mata Sarawak (CMS) Datuk Seri Mahmud Abu Bekir, mempunyai 111 akaun berjumlah lebih daripada RM700 juta.

Bekas isternya, Shahnaz A. Majid, 48, memberi keterangan bahawa akaun-akaun ini melibatkan beberapa bank di luar negara, yang termasuk di Amerika Syarikat, Eropah dan Carribean.

Shahnaz, yang merupakan kakak kepada penyanyi jazz, Datuk Sheila Majid, mendakwa 50 peratus daripada semua aset yang dimiliki oleh Mahmud Abu Bekir terdiri daripada kereta mewah, rumah di pelbagai lokasi, tanah di Sarawak dan saham.

Beliau berkata, Mahmud Abu Bekir, 49, anak Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, mempunyai keupayaan untuk membayar RM100 juta kepadanya sebagai hadiah untuk memulakan semula kehidupan baru.

Pasangan itu telah berkahwin pada 9 Januari 1992 dan bercerai pada 11 Mei tahun lepas.

Shahnaz telah memberi keterangan dalam perbicaraan bagi permohonan untuk mendapatkan RM300 juta dalam harta sepencarian dan RM100 juta sebagai hadiah (mutaah) sebagai bayaran menyelesaikan perceraian.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan