Bekas Pekerja Kelab Malam Dipenjara Lima Tahun Kerana Menyamar

Diterbitkan: Isnin, 1 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang bekas pekerja kelab malam dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan menyamar dan menggunakan dokumen palsu, 17 tahun lepas.

Hakim, Mohammed Mokhzani Mokhtar membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Chin Sang, 59, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Bagaimanapun, beliau membenarkan permohonan peguam Zainal Ithnin untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah mengekalkan jumlah jaminan RM22,000 ke atas Chin bagi semua pertuduhan.

Sepanjang perbicaraan, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Salwa Asmary Abdul Rahim memanggil 17 saksi sementara pembelaan mengemukakan seorang saksi.

Bagi dua pertuduhan pertama, Chin didakwa menggunakan identiti palsu sebagai Choo Kwong Chong untuk memperdaya Chui Wing Hoe, 41, sehingga mangsa menyerahkan pinjaman dalam bentuk cek bernilai RM72,000 dan RM100,000 di premis Titan Leasing Sdn Bhd, Petaling Jaya, antara 9 pagi dan 5 petang pada 4 dan 18 Julai 1995.

Dia didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Chin juga menghadapi dua pertuduhan menggunakan dokumen palsu iaitu 31 sijil saham Sime Darby Bhd dan 18 sijil saham Multi Purpose Holding Bhd pada tarikh dan tempat sama.

Bagi setiap kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 467/471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohammed Mokhzani menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan, tetapi memerintahkan Chin menjalaninya serentak mulai Isnin. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan