Perbicaraan Kes Ling Liong Sik Ditangguh Isnin

Diterbitkan: Jumaat, 28 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Tun Dr Ling Liong Sik yang didakwa menipu kerajaan Malaysia, ditangguhkan ke Isnin ini selepas bekas Menteri Pengangkutan itu dimasukkan semula ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada Jumaat atas masalah kesihatan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmadi Asnawi membenarkan penangguhan prosiding itu selepas peguam Wong Kian Kheong memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya dimasukkan semula ke HKL pagi ini selepas keluar dari hospital tersebut semalam.

"Dr Ling dimasukkan ke HKL dua hari lepas (Rabu) dan keluar dari hospital itu semalam, namun pada pagi ini saya dimaklumkan oleh anak lelakinya bahawa Dr Ling terpaksa dimasukkan ke hospital semula kerana masalah kesihatan yang dialaminya," kata peguam itu pada prosiding, Jumaat.

Wong yang turut menyerahkan laporan perubatan Dr Ling sebelum ini yang disahkan oleh doktor pakar HKL Dr Rahal Yusoff kepada mahkamah, berkata laporan perubatan terbaharu akan diserahkan kepada mahkamah apabila diperolehi kelak.

Sementara itu, Wong ketika ditemui pemberita berkata anak guamnya itu dimasukkan ke hospital kira-kira 8 pagi ini bagi menerima rawatan lanjut untuk penyakit jantung dan 'low blood sugar' (paras gula dalam darah rendah) yang dialaminya.

Dr Ling didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu JPPH, dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.

Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.

Dr Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 Sept dan 6 Nov 2002.

Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dengan denda atau kedua-duanya, manakala bagi dua pertuduhan pilihan (pindaan), beliau didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan