Bomoh Dijatuhi 3 Tahun Penjara, Sebatan Kerana Salah Guna Harta Dan Perdaya

Diterbitkan: Jumaat, 28 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan 15 sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas satu tuduhan menyalahgunakan harta dan 14 tuduhan memperdaya bagi penyerahan barang kemas antara Jun 2010 dan Mei lepas.

Omar Mohamad, 38, yang merupakan seorang bomoh membuat pengakuan berkenaan selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Dia yang beralamat di Kampung Pekajang, Gelang Patah, dekat sini, dituduh menyalahgunakan harta berupa emas bagi bagi kegunaan sendiri dengan melupus dan memajaknya di Kedai Emas Golden Height di a 56, Kampung Paya Mengkuang, Tanjung Kupang, Gelang Patah, kira-kira pukul 10 pagi, 1 Feb tahun lepas.

Kesalahan terbabit dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat serta boleh didenda.

Bagi 14 tuduhan memperdaya itu, empat daripadanya dituduh dilakukan oleh Omar terhadap Ibrahim Mohamed dengan memperdayanya supaya menyerahkan keseluruhan wang berjumlah RM9,700 yang kononnya bagi menggandakan wang tersebut dan barang kemas bernilai RM3,240 yang kononnya bagi mencucinya dari saka.

Keempat-empat tuduhan terbabit didakwa dilakukan di alamat bernombor 23, Jalan Manggis, Kampung Pasir, Tampoi, di sini, sejak 25 April 2011 sehingga 26 Jun 2011.

Bagi 10 tuduhan lagi, Omar yang masih bujang dituduh memperdaya Kalthom Mohamed, 57, dan Salbiah Sabtu, 51, dengan memperdaya kedua-dua wanita terbabit supaya menyerahkan wang tunai dan hasil jualan barang kemas yang keseluruhannya berjumlah RM140,538 yang kononnya bagi mengelakkan wang tersebut hilang disedut mahkluk halus dan bagi mencuci barang kemas dari saka.

Kesalahan-kesalahan terbabit didakwa dilakukan depan Bank Simpanan Nasional di Bandar Baru Uda, Bank CIMB di Bandar Baru Uda, Plaza Angsana dan Batu 4 1/2 Jalan Skudai Kiri, di sini, antara 17 Jun 2010 dan 21 Mei lepas.

Kesemua 14 pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda.

Mahkamah memutuskan Omar dipenjara tiga tahun dan satu sebatan bagi pertuduhan menyalahgunakan harta terbabit serta tiga tahun penjara dan satu sebatan bagi setiap 14 pertuduhan memperdaya tersebut.

Bagaimanapun, kesemua hukuman penjara tersebut diputuskan bermula serentak dari tarikh dia ditangkap iaitu 19 Sept lepas.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Ashraff Mohd Diah manakala Omar tidak diwakili peguam. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan