Tidak Pernah Terima Surat Nyatakan Kesilapan - Dr Ling

Diterbitkan: Khamis, 27 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik pada Rabu mendakwa bahawa tidak pernah menerima surat daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyatakan terdapat kesilapan pada surat yang dihantarnya berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Dr Ling, 68, yang dipanggil membela diri atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia turut memberitahu bahawa beliau juga tidak menerima balasan surat menyatakan perkara yang sama (terdapat kesilapan) daripada Kementerian Kewangan.

Katanya, surat bertarikh 29 Jun 2002 yang mengandungi maklumat kadar nilaian pembelian tanah sebanyak RM25 sekaki persegi (skp) dan kadar faedah 7.5 peratus setahun itu disediakan oleh bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pengangkutan, Datuk Zaharah Shaari, Timbalan KSU, Datuk Abdul Rahman Mohd Noor dan bekas Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Maritim, P. Chandrasekaran.

"Sehingga saya bersara pada 28 Mei 2003, tiada seorang pun yang memberitahu bahawa terdapat kesilapan pada surat tersebut," katanya ketika pemeriksaan semula oleh peguam Wong Kian Kheong.

Beliau turut menegaskan bahawa tiada pegawai yang memberitahu bahawa kadar RM25 skp dan faedah 7.5 peratus itu tidak mematuhi penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Dr Ling, didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu JPPH, dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.

Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.

Dr Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 September dan 6 November 2002.

Sementara itu, prosiding yang bermula pada 9 pagi ini terpaksa dihentikan lebih awal apabila Wong memohon penangguhan berikutan masalah kesihatan yang dialami Dr Ling.

Dr Ling hanya memberi keterangan selama sejam setengah sebelum Hakim Datuk Ahmadi Asnawi menetapkan Jumaat untuk menyambung perbicaraan.

Dr Mahathir dijangka memberi keterangan pada bulan depan berhubung kes ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan