Pecah Amanah: Bekas Pekerja Syarikat Keselamatan Dipenjara Tiga Tahun

Diterbitkan: Khamis, 27 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Seorang bekas pekerja syarikat keselamatan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini Khamis, selepas mengaku bersalah melakukan pecah amanah yang menyebabkan sejumlah RM319,320 dilarikan dari sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Bangi, Selangor, dua minggu lepas.

Hakim Ahmad Kamar Jamaludin membuat keputusan itu berdasarkan Seksyen 172C Kanun Tatacara Jenayah selepas pihak pendakwaan dan tertuduh, Mohd Nizam Sharif bersetuju dengan hukuman itu dan pengakuan bersalah yang dibuat tertuduh.

Hukuman itu berkuatkuasa bermula pada tarikh dia ditangkap iaitu pada 16 September lalu.

Mengikut pertuduhan, Mohd Sharif, 30, bersama dua lagi yang masih bebas dengan niat bersama melakukan pecah amanah yang menyebabkan wang tunai berjumlah RM319,320 dilarikan dari sebuah mesin ATM antara jam 1.11 tengah hari hingga 1.53 tengah hari di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Bangi, Selangor pada 15 September lalu.

Bagi pertuduhan itu dia didakwa dan boleh dihukum mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara satu hingga 14 tahun dengan sebatan dan denda.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, Mohd Sharif yang ketika itu bertugas sebagai juruteknik di syarikat keselamatan tersebut diamanahkan untuk memasukkan wang tunai ke dalam mesin ATM tersebut.

Namun selepas wang dimasukkan, dia dengan sengaja tidak mengunci pintu mesin ATM itu dan meninggalkannya untuk ke tandas sekaligus memberi peluang kepada dua rakan sepenjenayahnya yang dikenali sebagai "Boleng" dan "Bai" mengambil wang dari mesin itu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ainul Wardah Shahidan manakala Mohd Nizam tidak diwakili peguam. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan