Miliki Kanabis: Tukang Rumah Dipenjara 10 Tahun

Diterbitkan: Khamis, 27 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang tukang rumah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi pada Khamis selepas didapati bersalah terhadap tuduhan pilihan memiliki kanabis seberat 883.95 gram pada September tahun lepas.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani memerintahkan Khairunizam Mohamed, 36, menjalani hukuman itu dari tarikh tangkap pada 29 Sept tahun lepas.

Tertuduh yang mempunyai tiga orang anak itu didapati bersalah melakukan perbuatan itu di sebuah rumah No. 20, Jalan Sekolah, Rumah Murah di Chemor di sini pada 2 petang, 29 September lepas.

"Masalah dadah merupakan masalah utama negara, dengan demikian mahkamah perlu mengambil kira kesalahan ini oleh kerana selepas berpuluh-puluh tahun, negara masih berdepan dengan masalah ini kerana orang seperti anda," kata Zainal Adzam semasa menyampaikan penghakimannya.

Tertuduh bernasib baik kerana pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan yang tidak membawa hukuman gantung mandatori dan ia merupakan hukuman ringan, katanya. Zainal Adzam juga berkata masalah keluarga dan anak-anak yang dihadapi oleh tertuduh selepas ditahan adalah disebabkan diri sendiri dan sepatutnya tertuduh perlu ingat serta sedar mempunyai keluarga yang bergantung kepadanya.

Khairunizam didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39A (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum seumur hidup serta sekurang-kurangnya 10 kali sebatan.

Tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengedar kanabis mengikut Seksyen 39B akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan, bagaimanapun pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan itu.

Sementara itu, isteri Khairunizam, Kisnawita Saad, 34, yang turut menghadapi pertuduhan yang sama mengikut Seksyen 39B akta yang sama, dilepaskan tanpa dibebaskan oleh mahkamah.

Sebelum melangkah keluar dari bilik mahkamah, Kisnawita sempat memeluk suaminya sambil menitiskan air mata.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Iskandar Shah Ibrahim sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguam Charan Singh dan Amir Faliq Mohamed Jamil. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan