Mahkamah Tetapkan 23 Oktober Sambung Bicara Kes Bunuh Sosilawati - Berita Mahkamah | mStar

Mahkamah Tetapkan 23 Oktober Sambung Bicara Kes Bunuh Sosilawati

Diterbitkan: Khamis, 27 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 23 dan 25 Oktober ini untuk menyambung perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Hakim, Datuk Akhtar Tahir menetapkan tarikh itu ketika kes berkenaan disebut di hadapannya pada Rabu.

Beliau juga menetapkan tarikh sambung perbicaraan seterusnya dari 6 hingga 9 November dan 3 hingga 7 Disember ini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff memaklumkan bahawa Mahkamah Rayuan pada 13 September lepas menolak rayuan empat tertuduh, N.Pathmanabhan, T.Thilaiyalagan, R.Matan dan R.Kathavarayan terhadap keputusan Akhtar mengetepikan sapina yang mereka keluarkan kepada tiga timbalan pendakwa raya termasuk beliau untuk menjadi saksi perbicaraan.

Ishak berkata, permohonan keempat-empat tertuduh untuk menangguhkan perbicaraan sementara menunggu keputusan rayuan mereka kepada Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan itu juga telah ditolak.

Pada 23 Julai lepas, Akhtar menolak permohonan Pathmanabhan, bekas peguam dan tiga pekerja ladang Thilaiyalagan, Matan dan Kathavarayan untuk mensapina Ishak, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani, untuk tampil sebagai saksi.

Langkah itu bertujuan mengetepikan dua barang kes yang dikemukakan ketiga-tiga timbalan pendakwa raya berkenaan pada akhir kes pendakwaan untuk mencabar kebolehpercayaan dua saksi pendakwaan U. Suresh dan K.Sarawanan yang didakwa berpaling tadah.

Dua barang kes itu ialah nota prosiding di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, di mana Suresh dan Sarawanan mengaku bersalah terhadap tuduhan melupuskan bukti berkaitan pembunuhan itu dan dikenakan hukuman tujuh tahun penjara setiap seorang.

Tiga timbalan pendakwa raya itu juga terlibat dalam prosiding di Mahkamah Majistret Telok Datok.

Suresh, 28, dan Sarawanan, 21, kini menjalani hukuman penjara 20 tahun di Penjara Sungai Udang, Melaka, setelah Mahkamah Rayuan tidak memberi kebenaran kepada mereka pada 24 Ogos tahun lepas untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menambah hukuman penjara terhadap mereka.

Pathmanabhan, Thilaiyalagan, Matan dan Kathavarayan diperintah membela diri terhadap tuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Ladang Gadong, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan