Pegawai Kolej Swasta Didakwa Pecah Amanah RM495,000

Diterbitkan: Rabu, 26 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai bahagian sumber manusia di sebuah kolej swasta pada Rabu mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan pecah amanah membabitkan wang pembayaran gaji berjumlah RM495,000 tiga tahun lepas.

Nadiah Kamaruddin, 35, yang bekerja di syarikat Cosmopoint Sdn Bhd, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini melakukan kesalahan pertama hingga ketiga dengan cara memasukkan wang itu ke dua akaun Maybank dan satu akaun CIMB Bank miliknya antara 29 Mei 2009 dan 10 Februari 2012, berjumlah RM367,746.01.

Bagi dua lagi pertuduhan, ibu kepada empat anak termasuk seorang bayi berusia tujuh bulan itu didakwa melakukan kesalahan serupa membabitkan wang berjumlah RM127,263.78 dengan cara memasukkan wang itu ke akaun Ambank milik suaminya antara 31 Mei 2010 dan 30 Disember 2011.

Nadiah, yang kini digantung tugas, didakwa melakukan semua kesalahan itu di Cosmopoint Sdn Bhd di Jalan Tiong Nam berdekatan (off) Jalan Raja Laut di sini dan didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan, serta boleh didenda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suzanne Tiyon Bimen menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan yang memerlukan tertuduh melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali kerana tuduhan yang dihadapinya melibatkan jumlah wang yang besar.

Namun, peguam Mohamad Fozi Zain yang mewakili Nadiah memohon supaya wang jaminan dikurangkan kepada RM15,000 kerana jaminan yang ditawarkan itu adalah diluar kemampuan anak guamnya, dan suami tertuduh pula hanya bekerja di syarikat menjual kereta terpakai.

Hakim Che Mohamad Zulkifly Jusoh membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan tersebut, dan menetapkan 29 Oktober untuk sebutan kes. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan