Kelindan Lori Hadapi Tujuh Pertuduhan Pecah Rumah Dan Mencuri

Diterbitkan: Rabu, 26 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang kelindan lori dihadapkan ke empat Mahkamah Majistret berasingan hari ini atas tujuh pertuduhan pecah rumah dan mencuri di sekitar bandar raya ini, sejak 2010 hingga Mac lalu.

T. Dinesh Kumar, 21, dari Taman Muda, Simpang Pulai dekat sini, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua tuduhan itu.

Dia didakwa memecah masuk tujuh buah rumah membabitkan kerugian lebih RM46,000 dan antara barangan yang dicuri termasuk televisyen LCD, komputer riba, jam tangan Rolex, barangan kemas dan wang tunai.

Kesalahan didakwa dilakukan antara 11 malam hingga 7.30 pagi sejak, Mei 2010 hingga Mac 2012.

Pertuduhan itu dibacakan di hadapan empat Majistret iaitu Shamsol Azwa Mar Kadza, Ahmad Feisal Mohd Azmi, Haslinda Raof dan Majistret Nor Melati Diana Abdul Wahab.

Kesemua pertuduhan itu dilakukan mengikut Seksyen 454 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan bagi kesalahan berulang, boleh dikenakan denda dan sebatan.

Mahkamah membenarkan Dinesh yang diwakili peguam Mahinderjit Singh diikat jamin berjumlah RM25,800 dengan tujuh orang penjamin dan menetapkan 24 Okt untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan empat Timbalan Pendakwa Raya iaitu K. Kavitha, Muhammad Fauzi Md Yusof, Nurul Qistina Qamarul Abrar dan Muhammad Nor Abduhrrahim. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan