'Pengamal Perubatan Islam' Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Rogol

Diterbitkan: Selasa, 25 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Seorang lelaki yang mendakwa dirinya pengamal perubatan Islam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa terhadap tuduhan merogol seorang wanita, akhir bulan lepas.

Muhammad Sombhah Abdullah, 48, dituduh merogol seorang wanita berusia 50 tahun di sebuah rumah, di sebuah kampung di Labu, Nilai dekat sini antara pukul 3 petang hingga 3.30 petang pada 28 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Datin M. Kunasundary membenarkan Muhammad Sombhah diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Okt depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh juga diarah melapor diri pada setiap 1 haribulan di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai dan tidak dibenarkan berkomunikasi dengan mangsa dan keluarganya.

Terdahulu, Hakim Kunasundary membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin supaya pihak media dilarang menyiarkan nama mangsa, identiti keluarga dan alamatnya dalam apa-apa bentuk saluran bagi menjaga imej mangsa.

Muhammad Sombhah diwakili peguam Hanif Hassan dan Haris Salleh. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan