Mahkamah Kekalkan Keputusan Bayaran Ganti Rugi Kepada Awang Adek

Diterbitkan: Selasa, 25 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan The Edge Commumnications Sdn Bhd dan tiga yang lain membayar ganti rugi kepada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berhubung satu artikel memfitnah.

Panel tiga anggota diketuai Hakim Datuk Seri Abu Samah Nordin sebulat suara menolak rayuan dikemukakan oleh penerbit The Edge Financial Daily, ketua pengarangnya Dorothy Teoh, bekas penulis kanan Chan Kok Leong dan pencetaknya, KHL Printing Co Sdn.

Panel itu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 27 Julai, 2011 yang membenarkan permohonan Awang Adek untuk mendapatkan penghakiman ringkas bagi samannya ke atas perayu menerusi penentuan persoalan undang-undang.

Perintah Mahkamah Tinggi untuk ganti rugi itu dinilai oleh timbalan pendaftar juga dikekalkan oleh panel Mahkamah Rayuan yang turut dianggotai Hakim Datuk Clement Allan Skinner dan Hakim Datuk Aziah Ali.

Hakim Abu Samah bagaimanapun berkata keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan perayu membuat permohonan maaf kepada Awang Adek diketepikan.

Kesemua perayu diperintah membayar RM20,000 sebagai kos guaman.

Pada 18 Ogos 2010, Awang Adek memfailkan saman fitnah RM10 juta terhadap The Edge Communications Sdn Bhd, Teoh, Chan dan KHL Printing berhubung penerbitan kata-kata memfitnah terhadapnya dalam The Edge Financial Daily pada 8 Julai 2010 di bawah tajuk 'Ascot given preference due to its experience, says MoF' (Ascot diberi keutamaan kerana pengalamannya, kata Kementerian Kewangan (MoF).

Dalam pernyataan tuntutannya, Awang Adek berkata perkataan-perkataan memfitnah dalam artikel itu bermaksud beliau terlibat dalam membuat keputusan mengenai terma dan syarat untuk kelulusan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd.

Beliau berkata kata-kata itu juga membawa makna bahawa beliau seorang yang cuba menghalalkan pertaruhan bola sepak di Malaysia sempena Piala Dunia 2010.

Dalam pembelaan, defendan pertama hingga ketiga menafikan berniat merosakkan nama dan reputasi Awang Adek seperti didakwa dan menegaskan disebabkan perkataan itu secara tidak sengaja dikaitkan dengan beliau, satu pembetulan dicetak dalam penerbitan The Edge Financial Daily serta permohonan maaf peribadi ditulis pada hari sama oleh Teoh melalui surat bertarikh 9 Julai tahun lepas.

Peguam Hizri Hasshan dan Ashmadi Othman mewakili Awang Adek, manakala Raja Eileen Soraya Raja Aman dan Kimberly Lee mewakili para defendan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan