Pengawal Keselamatan Didakwa Tipu Setiausaha Syarikat RM10,500

Diterbitkan: Isnin, 24 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, Isnin terhadap pertuduhan menipu seorang setiausaha syarikat swasta membabitkan RM10,500 pada Mac lepas.

Adam Hussin, 33, didakwa menipu Wan Rosilah Abu Hashim, 46, dengan curang mendorong mangsa menyerahkan RM10,500 untuk tujuan pembayaran wang bagi pembelian sebuah kereta Honda Civic, yang mana dia tidak akan menyerahkan wang itu sekiranya tidak diperdayakan.

Dia dituduh melakukan kesalahan berkenaan di Maybank, Jalan P.Ramlee, Dang Wangi di sini pada 9.49 pagi 12 Mac lepas dan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Majistret Amal Razim Alias membenarkannya diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Oktober untuk sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norman Mohd Nasir manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan