Bekas Peguam Diarah Bela Diri Tipu Ahli Perniagaan

Diterbitkan: Isnin, 24 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini, Isnin memerintahkan seorang bekas peguam membela diri atas tuduhan menipu seorang ahli perniagaan membabitkan wang RM294,000.

Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap K.Sasi Kumar, 40, pada akhir kes pendakwaan.

Mahkamah menetapkan tiga hari mulai 15 Oktober untuk mendengar kes pembelaan.

Sasi Kumar didakwa menipu Chen Tin Gan, 61, dengan memperdayakan ahli perniagaan itu untuk mempercayai bahawa dia telah membayar bagi pihak Chen notis taksiran duti setem sebanyak RM294,000 melalui cek kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri cawangan Kuala Lumpur.

Ini mendorong Chen untuk menyerahkan wang RM294,000 dengan mendepositkannya ke akaun milik tertuduh sebagai bayaran pindah milik hartanah. Sasi Kumar didakwa melakukan kesalahan itu di Malaysian Kopitiam, No.24G, Jalan PJS 11/28, Bandar Sunway, Petaling Jaya, pada 9 November 2006.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Seramai 19 saksi pendakwaan dipangggil memberi keterangan semasa perbicaraan di peringkat kes pendakwaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sulaiman Kho Kheng Fuei manakala tertuduh diwakili peguam Edmund Ponniah. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan