Blogger Sekupangdua Fail Saman Tuntut Ganti Rugi Terhadap Nga Kor Ming

Diterbitkan: Sabtu, 22 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Blogger 'Sekupangdua' atau Ahmad Sofian Yahya menfailkan saman terhadap Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming bagi menuntut perintah injuksi dan ganti rugi am berhubung satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin pembangkang itu di laman sesawangnya pada 12 September lepas.

Peguam Norali Nordin yang mewakili blogger itu berkata saman tersebut difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 11 pagi semalam.

"Anak guaman saya menuntut perintah injuksi dan ganti rugi am yang akan ditaksirkan oleh mahkamah. Salinan writ saman itu akan serahkan kepada Nga dalam tempoh terdekat," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Sementara itu, Ahmad Sofian berkata beliau mendapati terdapat unsur fitnah dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Nga pada 12 Sept lepas antaranya "Blogger Umno tarik balik segala kenyataan fitnah..." dan "atas persetujuan blogger Umno Sekupadang Dua, yang mempunyai nama sebenar Ahmad Suffian Yahya, menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming..."

Katanya kenyataan tersebut adalah tidak benar dan tidak berasas serta merasakan Anggota Parlimen Taiping itu mempunyai niat menfitnah dan menjatuhkan reputasinya sebagai seorang blogger dengan memberi mesej tidak baik kepada masyarakat mengenainya.

Beliau berkata antara mesej itu adalah beliau sebagai seorang penulis blog secara sengaja memfitnah Nga dan mengaku memfitnahnya serta membuat pengakuan di dalam mahkamah berhubung kes saman sebelum ini.

Kenyataan itu seolah-olah menggambarkan mahkamah memutuskan artikel dalam blognya berjudul "Panas! Bongkar Nga Komeng dan Pakatan Rakyat Menyamun!" adalah suatu fitnah terhadap Nga sedangkan perkara sebenarnya adalah mahkamah tidak langsung memutuskan sama ada artikel tersebut berunsur fitnah atau mempunyai kebenaran, katanya.

"Saya ingin jelaskan di sini dalam mana-mana masa, saya tidak pernah mengaku telah memfitnahnya. Namun satu persetujuan telah dicapai pada 22 Jun lepas untuk Nga menarik balik tuntutan saman dan atas nasihat Hakim mahkamah saya juga telah bersetuju menarik balik tuntutan balas saya dan juga artikel mengenai Nga dalam blog saya," katanya.

Bagaimanapun pada 12 September lepas, Nga mengeluarkan satu artikel di dalam blognya berjudul 'Blogger Umno tarik balik kenyataan fitnah dan beri aku janji kepada Mahkamah tidak mengulangi dakwaan salah kuasa lagi", katanya.

"Disebabkan penyiaran petikan berunsur fitnah tersebut, saya telah mengalami skandal awam, kesangsian, kebencian, penghinaan serta kehilangan reputasi dan kewibawaan saya sebagai penulis blog sehingga mengakibatkan kerosakan dan kerugian terhadap saya," katanya.

Pada 3 Jan lepas, Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming menfailkan saman menuntut ganti rugi am berjumlah RM10 juta terhadap Ahmad Sofian Yahya kerana menulis dan memaparkan satu artikel yang didakwa menfitnahnya menerusi artikel bertajuk 'Panas! Bongkar Nga Komeng dan Pakatan Rakyat Menyamun'.

Bagaimanapun, difahamkan kedua-dua pihak mencapai penyelesaian di luar mahkamah dengan Nga menarik balik saman itu dan atas nasihat mahkamah, Ahmad Sofian bersetuju menarik balik tuntutan balasnya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan