Penjamin Hadapi Risiko Cagaran RM700,000 Dirampas, Perayu Tidak Hadir Ke Mahkamah

Diterbitkan: Jumaat, 21 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Jumaat mengarahkan penjamin pada 11 Oktober ini membawa perayu, Datuk Paiman Shakimon ke mahkamah yang dijatuhi hukuman penjara sejumlah 26 tahun kerana menipu dan memalsukan dokumen atau cagarannya bernilai RM700,000 dirampas.

Hakim Datuk Amelia Tee Hong Geok Abdullah membenarkan penjamin Dr Norma Ahmad dari Subang Jaya, tempoh tiga minggu untuk mengesan perayu dan memujuknya menyerah diri ke mahkamah.

Dr Norma, 55, berkata Paiman adalah saudaranya sebab itu beliau bersetuju menjamin Paiman selepas dia merayu kepadanya sebaik Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman pada 19 April tahun lepas.

"Saya bergegas pulang pada hari itu dan kembali bersama geran rumah saya dan saya melakukannya dengan niat baik tanpa memahami terma dan syarat sebagai penjamin," kata Dr Norma sambil menahan air matanya.

Beliau juga memberitahu mahkamah telah berusaha menghubungi Paiman beberapa kali dan telah pergi ke rumahnya di Country Heights, Kajang tetapi gagal menemuinya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Syed Faisal Syed Amir memberitahu mahkamah pihak polis gagal menyerahkan waran tangkap yang dikeluarkan mahkamah pada 20 Julai selepas Paiman gagal hadir ke mahkamah untuk perbicaraan rayuannya.

Beliau berkata pihak polis juga telah pergi ke rumah Paiman dan anak lelakinya memaklumkan beliau tidak tahu di mana ayahnya.

Syed Faisal juga berkata pasport perayu ditahan oleh Mahkamah Sesyen.

Tee berkata pihak pendakwaan harus lebih proaktif mengarahkan berjaga-jaga di semua entri keluar dan memeriksa transaksi akaun Paiman.

"Saya pasti dia memerlukan duit," katanya. Syed Faisal memohon kepada mahkamah agar menolak rayuan Paiman dan waran dikeluarkan agar dia dipenjara.

Sementara itu, peguam Gobind Singh Deo membuat permohonan kepada mahkamah untuk menarik diri daripada mewakili Paiman kerana beliau sendiri gagal menghubungi anak guamnya untuk mendapat arahan lanjut berhubung rayuannya.

Tee membenarkan permohonan Gobind Singh dan menetapkan 11 Oktober bagi membolehkan Dr Norma membawa Paiman ke mahkamah.

Paiman, 53, dihukum penjara 26 tahun oleh Mahkamah Sesyen pada 19 April 2011 selepas didapati bersalah menipu dan memalsukan dokumen membabitkan RM12 juta milik dua 'Datuk' lain dalam satu kes penipuan pelaburan antara 2005 dan 2006.

Bagaimanapun, Paiman hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 13 tahun selepas Hakim Datuk Jagjut Singh Bant Singh memerintahkan hukuman itu berjalan serentak. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan