Lima Rakan Dibebaskan Daripada Tuduhan Cederakan Kontraktor

Diterbitkan: Jumaat, 21 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat melepaskan dan membebaskan lima rakan tanpa dipanggil membela diri daripada pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang kontraktor, tahun lepas.

Hakim M.Nithiyanantham membuat keputusan itu terhadap Zukialfaro Zakaria, 38, Andri Kawarman Hassan, 29, Hanafi Rosli, 35, Mohammad Rithzuan Talib, 37, dan Rozuaimi Mohamad, 34, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes mereka.

Zakaria, Andri, Hanafi, Mohammad Rithzuan, dan Rozuaimi, masing-masing bekerja sebagai pemandu teksi, jurujual telefon bimbit, juruteknik, pemandu pelancong dan juruteknik komputer.

Mereka bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa dengan niat bersama menyebabkan kecederaan parah kepada Sayfol Fakhruddin Alias, 31, dengan memukulnya menggunakan rotan, topi keledar dan kayu 'baseball' di hadapan pondok pengawal, Pangsapuri Kasturi, Bandar Tasik Permaisuri, Cheras di sini pada 3.30 pagi 11 April 2011.

Mereka yang tinggal di kawasan perumahan yang sama itu didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah mendengar keterangan enam saksi pendakwaan pada perbicaraan kes itu yang bermula 26 Mac lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Izuddin Mohamad manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Martin Tay Tze Chian dan Siti Rohaya Mohd Tajudin.

Sejurus selepas prosiding berakhir, kesemua tertuduh berpelukan, menitiskan air mata dan bersama-sama membaca doa kesyukuran ditemani isteri masing-masing. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan