Mahkamah Arah Bekas Pengarah Veterinar N. Sembilan Bela Diri

Diterbitkan: Jumaat, 14 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Mahkamah Sesyen pada Jumaat mengarahkan bekas pengarah Veterinar Negeri Sembilan membela diri terhadap empat tuduhan memalsukan dokumen bagi tujuan kenaikan gred jawatan antara 2009 hingga tahun lepas.

Hakim Datin Nursinah Adzmi memutuskan demikian terhadap Datuk Dr Noor Soeraya Norsham, 38, setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie dan menetapkan 29 dan 30 September ini untuk perbicaraan kes pembelaan.

Bagi pertuduhan pertama Dr Noor Soeraya didakwa menyerahkan dokumen palsu iaitu surat arahan kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan Pegawai Veterinar Gred G48 bertarikh 27 Februari 2009 kepada Pegawai Pembantu Tadbir di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan, Siti Norhayati Md Yusof bagi tujuan penyelarasan gaji dan elaun jawatan Gred G48 dengan memperoleh RM39,536.

Sementara tuduhan kedua, dia didakwa menyerahkan dokumen palsu, surat arahan pemangku jawatan Pegawai Veterinar Gred G52 - Khas Untuk Penyandang (KUP) di Jabatan Veterinar negeri, Kementerian Asas Tani dan Industri bertarikh 28 Dis 2009 kepada Siti Norhayati bagi tujuan penyelarasan gaji dan elaun jawatan Gred G48 dengan memperoleh RM5,013.83.

Pertuduhan ketiga pula, dia didakwa memberi dokumen palsu, surat keputusan urusan kenaikan pangkat Pegawai Veterinar Gred G48 ke Gred G52 bertarikh 1 Julai 2010 kepada Siti Norhayati bagi tujuan penyelarasan gaji dan elaun dengan memperoleh RM5,764.86. Bagi pertuduhan keempat pula, dia didakwa menyerahkan dokumen palsu, surat keputusan pemangkuan jawatan Pegawai Veterinar Gred G52 ke Gred G54 bertarikh 31 Mac 2011 kepada Siti Norhayati.

Kesemua pertuduhan itu didakwa dilakukan tertuduh ketika memangku jawatan Gred G44 di pejabat Jabatan Veterinar Negeri Sembilan, Jalan Pantai dan di Bahagian Pentadbiran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan, Lot 1504, Mukim Pantai, Batu 6, Jalan Jelebu di sini antara 16 Mac 2009 dan 24 Julai 2011.

Bagi pertuduhan pertama dan ketiga dia didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum menngikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, mana yang lebih tinggi.

Sementara pertuduhan kedua dan keempat dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 468 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Tertuduh diwakili peguam Muhammad Faiz Fadzil, manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nuur Hafiedzah Md Daud dan Afifah Yusof. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan