Kematian Baharudin Ahmad Akibat Sebab Semula Jadi

Diterbitkan: Jumaat, 14 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Koroner pada Jumaat memutuskan kematian pemandu teksi Baharudin Ahmad yang meninggal dunia ketika menyertai perhimpunan haram 9 Julai tahun lepas adalah akibat sebab-sebab semula jadi.

Koroner Zulkpli Abdullah dalam penghakimannya berkata tiada keterangan yang menunjukkan berlaku kekerasan atau kecuaian dari mana-mana pihak yang menyumbang kepada kematian Baharudin, 59 tahun.

Inkues yang bermula pada 30 Januari dan berakhir 18 Julai lepas menyaksikan 35 saksi memberi keterangan termasuk bekas Ketua Polis Kuala Lumpur SAC Datuk Amar Singh dan Pakar Patologi Forensik Dr Khairul Anuar Zainun.

Inkues bagi menyiasat kematian Baharudin itu dibantu Timbalan Pendakwa Raya Kalmizah Salleh, Ahmad Ishrakh Saad, Henry Tan dan Mohamed Shah Reza Noor Azman manakala keluarga Allahyarham diwakili peguam Ahmad Jufliz Faiza dan Patrick Das. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan