Juruelektrik Didakwa Bunuh Peniaga

Diterbitkan: Jumaat, 14 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang juruelektrik dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Jumaat, atas pertuduhan membunuh seorang peniaga di tepi sebuah tasik di Puchong Perdana, Mei lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada M.Uventhiran, 24, dari Puchong Indah, Puchong, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Surya Wati Shawal.

Uventhiran yang memakai kemeja-T berkolar berwarna hitam hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam, didakwa membunuh C.Vinoth, 25, di tepi tasik, Puchong Perdana, Bukit Puchong, Selangor, di antara 6.15 petang pada 12 Mei hingga 5.25 petang, 13 Mei lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 149 kanun sama yang memperuntuk hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 31 Oktober untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa raya, Nur Aifaa Che Abdullah. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan