Tuduhan Rasuah: Bekas Pengurus SPNB Wilayah Utara Dihadapkan Ke Mahkamah

Diterbitkan: Rabu, 12 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Seorang bekas pengurus Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Wilayah Utara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan menerima suapan RM195,000, empat tahun lalu.

Mohamad Radzi Shaari, 42, didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan dengan mencadangkan Aman Enterprise memperoleh kerja pembinaan Skim Rumah Mesra Rakyat di Pendang, Kedah sedangkan mengetahui kerja pembinaan itu akan dijalankan oleh adiknya, Mohd Sohime Shaari.

Tertuduh yang kini memegang jawatan Penolong Pengurus Besar SPNB Kuala Lumpur didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat SPNB Wilayah Utara di Tingkat 5, Wisma Umno, Lorong Bagan Luar, di sini, pada September 2008.

Mohamad Radzi didakwa mengikut Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut yang mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Janariah Abdul Mutalib dan tertuduh diwakili peguam bela Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin membenarkan Mohamad Radzi diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan kes pada 15 Oktober ini.

Tertuduh membayar wang ikat jamin itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan