Penarik Kereta Didakwa Tipu Ahli Perniagaan Bergelar 'Tan Sri' - Berita Mahkamah | mStar

Penarik Kereta Didakwa Tipu Ahli Perniagaan Bergelar 'Tan Sri'

Diterbitkan: Rabu, 12 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penarik kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu terhadap pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan bergelar "Tan Sri", bulan lepas.

Ng Kiem Huat, 33, dari Klang, Selangor didakwa menipu Tan Sri Januar Yahya, 53, sehingga mendorong ahli perniagaan itu menyerahkan wang tunai RM600 dan sebuah telefon bimbit jenis Samsung S3 sebagai wang deposit untuk tujuan pembayaran bagi pembelian sebuah telefon bimbit jenis Apple 4S.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Crossroad Coffee House di Hotel Concorde Kuala Lumpur, Jalan Sultan Ismail di sini pada 11.05 malam 19 Ogos lepas.

Sementara itu, Ng turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menipu seorang peniaga, Ng Kim Chuan sehingga mendorong lelaki itu menyerahkan RM12,000 kepada tertuduh untuk tujuan pembayaran wang bagi pembelian 10 unit iPad3, yang merupakan barangan rampasan kastam.

Bapa kepada empat orang anak itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di Kafe Starbucks di Tingkat 1, Time Square, Dang Wangi di sini pada 20 April lepas.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norman Mohd Nasir menawarkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dengan alasan kesalahan yang dilakukan adalah serius sehingga menyebabkan seorang mangsa mengalami kerugian RM12,000.

Ng, yang tidak diwakili peguam, memohon jaminan itu dikurangkan kerana dia hanya mempunyai pendapatan antara RM1,000 hingga RM2,000 sebulan dan perlu menanggung empat anak yang masih bersekolah serta ibu bapa yang tua.

Majistret Amal Razim Alias membenarkan Ng diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 28 Sept ini untuk sebutan bagi tertuduh melantik peguam. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan