Mekanik Dipenjara 12 Tahun Rogol Gadis Bawah Umur

Diterbitkan: Selasa, 11 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang mekanik kereta yang didapati bersalah merogol seorang gadis bawah umur dalam dua kejadian tujuh tahun lepas, diperintah menjalani hukuman penjara 12 tahun mulai Selasa selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan terakhirnya.

Effandi Mashor, 35, juga dikenakan hukuman 12 sebatan dengan rotan.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Malik Ishak sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan enam sebatan dengan rotan bagi setiap pertuduhan yang dihadapi Effandi. Hukuman penjara itu diperintahkan berjalan serentak.

Abdul Malik yang bersidang bersama-sama Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Balia Yusof Wahi, memerintahkan Effandi menjalani hukumannya dari hari ini.

Pada 20 April tahun lepas, Effandi didapati bersalah oleh Mahkamah Seseyan atas dua pertuduhan merogol gadis berumur 13 tahun dan 11 bulan di sebuah kebun mangga di Langkawi pada 11.30 pagi, 22 Jun, 2005.

Dia juga merogol gadis itu di tempat kerjanya di bengkel motor juga di Langkawi pada 4.30 petang keesokannya.

Pada 16 November tahun lepas, Mahkamah Tinggi Alor Setar menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara.

Effandi, bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin di Mahkamah Sesyen dan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin di Mahkamah Tinggi sementara menunggu rayuan.

Didedahkan bahawa gadis itu kemudiannya telah melahirkan anak tetapi pegawai penyiasat tidak melakukan ujian paterniti. Tiada rekod dikemukakan mengenai bila gadis itu bersalin.

Mengikut fakta kes, laporan polis dibuat bapa gadis itu pada Mei 2006, setahun selepas kejadian itu, selepas ibu gadis itu bersemuka dengan anaknya itu selepas menemui pil pencegah kehamilan dalam poket pakaian seragam sekolahnya.

Terdahulu, peguam G. Ravi Shankar, yang mewakili Effandi, menggesa mahkamah membenarkan rayuan mekanik itu untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara kerana kekurangan bukti kukuh yang anak guamnya itu bertanggungjawab melakukan jenayah itu.

Beliau berkata ujian paterniti dapat menunjukkan sama ada Effandi telah melakukan hubungan seks dengan gadis itu.

Timbalan Pendakwa Raya Kwan Li Sa dalam hujahnya berkata kegagalan menjalankan ujian paterniti tidak menjejaskan kes pihak pendakwaan kerana keterangan doktor perubatan Dr Zainura Che Isa dan ibu bapa gadis itu sudah mencukupi untuk membuktikan keteranganya yang dia telah dirogol.

Katanya gadis itu berkenalan dengan Effandi menerusi rakannya dan sering berhubungan menerusi telefon selama kira-kira setahun.

Katanya gadis itu bertemu Effandi buat pertama kalinya pada 22 Jun, 2005 dan telah melakukan hubungan seks pada hari yang sama.

Kwan berkata kedua-dua mereka sering berjumpa dan mengadakan hubungan seks, sekurang-kurangnya 10 hingga 20 kali di beberapa tempat lain. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan