711 Pengguna Air Saman Kerajaan Selangor Berhubung Air Percuma - Berita Mahkamah | mStar

711 Pengguna Air Saman Kerajaan Selangor Berhubung Air Percuma

Diterbitkan: Selasa, 11 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seramai 711 pengguna air di Selangor memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir RM500,000 terhadap tiga pihak termasuk Menteri Besar Tan Abdul Khalid Ibrahim, atas kegagalan menerima subsidi air percuma di bawah Skim Air Percuma yang dilaksanakan kerajaan negeri.

Selain Abdul Khalid, plaintif yang terdiri daripada penduduk di kawasan Shah Alam menamakan kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sebagai defendan.

Mereka memfailkan saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 9.30 pagi melalui Tetuan Kamarudin & Partners.

Peguam Kamarudin Ahmad ketika ditemui pemberita selepas memfailkan tuntutan itu, berkata saman akan diserahkan kepada semua defendan dalam tempoh seminggu. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan