Rafizi Mohon Gugur Kes Bafia

Diterbitkan: Isnin, 10 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli pada Isnin memfailkan notis permohonan bagi membatalkan tuduhan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Bafia) terhadapnya.

Peguam N. Surendran memberitahu pemberita bahawa mereka telah memfailkan permohonan itu atas alasan bahawa kes berkenaan merupakan "penyalahgunaan kuasa pendakwaan".

"Ia adalah bertentangan dengan dasar awam untuk menghukum seseorang untuk mendedahkan isu yang mempunyai kepentingan awam. Bagaimana anda boleh menghukum seseorang untuk mendedahkan kezaliman?" katanya.

Tiga alasan utama yang digunakan pihaknya bagi menggugurkan pertuduhan ialah kes berkenaan dianggap sebagai salah guna kuasa pihak pendakwaan, pendakwaan terpilih dan ia disifatkan bertentangan dengan dasar awam.

Mohd Rafizi berhadapan hukuman penjara maksimum selama tiga tahun dan denda sehingga RM3 juta, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Aslam Zainuddin menetapkan sebutan seterusnya pada 10 Oktober depan.

Pada 1 Ogos lalu, Mohd Rafizi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan mendedahkan maklumat akaun bank tiga syarikat yang terlibat dalam projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) kepada dua petugas media pada Mac lalu.

Turut didakwa bersubahat dengan Rafizi melakukan perbuatan tersebut adalah bekas kerani (bahagian kredit) Public Bank Bhd. cawangan Jinjang, Johari Mohamad, 41.

Mengikut pertuduhan, Mohd Rafizi didakwa mempunyai akses kepada dokumen berupa salinan rumusan akaun bank Public Bank milik NFCorp, National Meal & Livestock Sdn. Bhd., Agroscience Industries Sdn. Bhd. dan akaun peribadi Pengerusi Eksekutif NFCorp, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail. Ketiga-tiga syarikat itu terlibat dalam mengendalikan projek ternakan lembu di bawah NFC.

Mohd Rafizi didakwa menzahirkan kesemua dokumen itu kepada konsultan media, Yusof Abdul Alim dan wartawan akhbar The Star, Erle Martin Carvalho di Ibu Pejabat PKR, A-1-09, Merchant Square, No.1, Jalan Tropicana Selatan 1, Petaling Jaya dekat sini pada 7 Mac lalu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan