Mahkamah Diberitahu Shamsubahrin Dibayar RM1.7 Juta

Diterbitkan: Isnin, 10 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini Isnin diberitahu sejumlah RM1.7 juta telah dibayar kepada ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail, yang didakwa menipu bekas Pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Saksi pertama pihak pendakwaan Pegawai Penyiasat ASP Mohd Nor Hasnimaizam Othman, 36, memberitahu mahkamah bahawa Pengurus Kewangan NFC Hasimah Ahmad memaklumkan perkara tersebut (mengenai RM1.7 juta) kepadanya menerusi telefon pada 16 Disember 2011.

"Hasimah juga memaklumkan kononnya bayaran RM1.7 juta itu adalah untuk diberikan kepada pegawai penyiasat yang terlibat dalam penyiasatan kes NFC," katanya ketika menjawab soalan Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa.

Katanya, selain beliau terdapat dua lagi pegawai penyiasat yang terlibat dalam penyiasatan kes NFC itu iaitu Superitendan Ravindan Singh Sarban Singh dan ASP Nordin Md Nor.

Mohd Nor Hasnimaizam berkata, Hasimah merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan kes berkaitan penyelewengan seorang pengurus jualan anak syarikat di bawah NFC Corp, yang sedang disiasatnya.

Beliau berkata, semasa rakaman percakapan dijalankan pada 5 Disember 2011, Hasimah memaklumkan bahawa beliau ada menerima panggilan telefon daripada pihak bank berhubung pembayaran yang hendak dibuat kepada Shamsubahrin.

Beliau bagaimanapun tidak menerima wang tersebut daripada Shamsubahrin.

Shamsubahrin menghadapi lima pertuduhan menipu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan 17 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM1.755 juta yang mana kedua-dua kes itu akan dibicarakan bersama.

Sementara itu, seorang lagi saksi, Timbalan Pengarah 1, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, DCP Datuk Tajuddin Md Isa memberitahu mahkamah bahawa dua lagi pegawai penyiasat juga tidak menerima wang tersebut.

Saksi kedua itu berkata, pada 21 Disember 2011, Mohd Nor Hasnimaizam datang menemuinya di pejabat dan memaklumkan bahawa sejumlah wang telah diberikan oleh pegawai NFC kepada pegawai penyiasat di JSJK yang menyiasat kes NFC.

"Jadi saya telah meminta pengesahan daripada ASP Maizam dan dua lagi pegawai yang dinamakan sama ada mereka ada menerima wang daripada NFC.

"Ketiga-tiga pegawai berkenaan menafikan ada menerima wang berkenaan dan saya menasihatkan ASP Maizam (Mohd Nor Hasnimaizam) supaya membuat satu laporan polis berhubung perkara itu," katanya.

Tajuddin juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam Salehudin Saidin bahawa penangkapan Shamsubahrin adalah untuk mengalih perhatian terhadap masalah sebenar yang meliputi kes NFC.

Terdahulu, Hakim Rozilah Salleh yang mendengar prosiding perbicaraan kes Shamsubahrin menolak permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan sementara menunggu perintah dari Mahkamah Tinggi berhubung permohonan mengenepikan dan membatalkan pertuduhan dan pendakwaan terhadap kedua-dua pertuduhan.

Perbicaraan bersambung pada Selasa. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan