Pekerja Cuci Kereta Didakwa Pecah Masuk Rumah Anggota Keluarga Hakim

Diterbitkan: Jumaat, 7 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja mencuci kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Jumaat terhadap pertuduhan memecah masuk rumah seorang anggota keluarga hakim Mahkamah Tinggi di sini, bulan lepas.

Wong Suen Kue, 39, bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan pecah rumah dan mencuri 22 barangan berharga dengan anggaran kerugian RM100,000 milik jurutera Syahrul Fadli Abdul Mua'en, 26, dan anggota keluarga yang lain.

Antara barangan yang dicuri ialah pingat kebesaran milik Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Has Zanah Mehat iaitu Johan Setia Mahkota (JSM), Setia DiRaja Kedah (SDK) dan Ahli Mahkota Kedah (AMK), sekotak barang kemas yang mengandungi pelbagai barang kemas bernilai RM15,000, seutas rantai leher mutiara bernilai RM3,000 dan beberapa utas jam tangan pelbagai jenama termasuk jam tangan Omega yang bernilai RM11,000.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Bukit Setiawangsa 4, Taman Setiawangsa, Sentul di sini antara 2 pagi hingga 4 pagi, 20 Ogos lepas.

Wong didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Wong juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan iaitu dengan curang memiliki 12 barangan curi termasuk beberapa kad ATM, monitor LCD dan rantai mutiara di rumahnya di Apartment Damai, Damansara Damai, Sungai Buloh, dekat sini pada 12.30 malam 29 Ogos lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norasyikin Ahmad menawarkan jaminan RM120,000 dengan dua orang penjamin terhadap tertuduh namun peguam Khairul Amin Abdullah memohon jaminan itu dikurangkan kerana tertuduh dari golongan keluarga kurang berada dan bapanya telah pencen.

Hakim Mohamad Sekeri Mamat membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 September untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan