Warga Iran Dikehendaki Thailand Gagal Dapatkan Pembebasan

Diterbitkan: Khamis, 6 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Warga Iran, Sedaghatzadeh Masoud yang dikehendaki kerajaan Thailand berhubung dakwaan merancang letupan bom pada Rabu gagal mendapatkan pembebasannya selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan habeas corpus yang dikemukakannya.

Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada peguam Latheefa Koya yang mewakili Masoud dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar bagi pihak Pejabat Peguam Negara.

Masoud, 31, yang kini ditahan di penjara Sungai Buloh, memfailkan permohonan habeas corpus pada 9 Julai memohon pembebasannya, dengan menamakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, pengarah penjara Sungai Buloh dan pendakwa raya sebagai responden.

Dia mengemukakan permohonan itu selepas Mahkamah Sesyen pada 25 Jun membenarkan permohonan ekstradisi oleh pihak berkuasa Malaysia untuk menghantarnya ke Thailand atas permintaan daripada kerajaan Thailand.

Hakim Mahkamah Sesyen memutuskan pihak pendakwaan telah membuktikan bahawa Masoud adalah penjenayah yang sedang melarikan diri dan dikehendaki oleh pihak berkuasa di Thailand.

Masoud diperintah ditahan di penjara Sungai Buloh sementara menunggu arahan daripada Menteri Dalam Negeri.

Dia ditahan mengikut Akta Imigresen pada 15 Februari di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang sebaik tiba dari Bangkok semasa transit untuk ke Iran.

Dia ditahan atas permintaan mahkamah di Bangkok selepas pihak berkuasa Thailand mengesyaki warga Iran itu ada kaitan dengan dua warga Iran yang ditahan berhubung kejadian letupan bom di ibu negara Thailand pada 14 Februari.

Pada awal prosiding hari ini, Latheefa dalam hujahnya berkata keputusan Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan ekstradisi itu adalah khilaf atas asas tiada kes prima facie terhadap Masoud seperti ketetapan Seksyen 19(4) Akta Ekstradisi 1992.

Beliau berhujah Masoud telah pergi ke Pattaya atas lawatan sosial dan dengan berjumpa dengan rakannya dari Iran tidak menjadikannya bersalah bagi mana-mana kesalahan.

Sementara itu, Mohd Dusuki dalam hujahannya berkata responden telah membuktikan kes prima facie dan telah berjaya mewujudkan kes dan memenuhi semua ketetapan Seksyen 19, Akta Ekstradisi untuk menghantar Masoud ke Thailand.

Katanya asas bagi permohonan ekstradisi ialah Masoud adalah penjenayah yang sedang melarikan diri dan dia dikehendaki untuk perbicaraan di mahkamah Thailand seperti dinyatakan dalam waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok pada 15 Februari.

Kemudiannya, Latheefa memberitahu pemberita bahawa beliau akan mendapatkan arahan daripada anak guamnya sama ada akan merayu terhadap keputusan pada Rabu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan