Penduduk Kampung Bukit Koman Gagal Cabar Keputusan Ketua Pengarah Alam Sekitar

Diterbitkan: Khamis, 6 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perjuangan penduduk Kampung Bukit Koman di Raub bagi mencabar keputusan Ketua Pengarah Alam Sekitar meluluskan laporan awal penilaian kesan alam sekitar (PEIA) sebuah syarikat melombong emas, berakhir selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan mereka untuk memulakan semakan kehakiman.

Panel lima anggota diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif membuat keputusan itu sebulat suara selepas mendapati penduduk kampung terlalu lewat memfailkan permohonan tersebut, selain tidak mempunyai alasan kukuh untuk mahkamah melanjutkan tempoh bagi mereka memfailkan kebenaran semakan kehakiman.

Perintah 53, Peraturan 6, Peraturan-Peraturan Mahkamah Tinggi 1980 menetapkan permohonan bagi kebenaran semakan kehakiman perlu dibuat dengan kadar segera, dan dalam keadaan tertentu, dalam tempoh 40 hari daripada tarikh apabila alasan bagi permohonan dikemukakan buat pertama kali, atau apabila keputusan itu disampaikan kepada pemohon buat pertama kali.

Panel yang turut dianggotai Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Datuk Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datin Paduka Zaleha Zahari itu turut memerintahkan penduduk kampung membayar RM15,000 sebagai kos.

Pada prosiding, Khamis, Mahkamah Persekutuan turut memutuskan bahawa dalam menentukan permohonan pelanjutan tempoh bagi kebenaran memulakan semakan kehakiman, mahkamah tidak perlu mengambil kira merit aduan pemohon yang dikemukakan dalam permohonan mereka.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan menolak permohonan penduduk kampung bagi kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Ketua Pengarah Alam Sekitar.

Bagaimanapun, pada 11 Januari lepas, Mahkamah Persekutuan membenarkan mereka mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Ketua Pengarah Alam Sekitar meluluskan laporan PEIA pada 13 Januari, 1997.

Menerusi surat bertarikh 21 Feb, 2008, Ketua Pengarah enggan melayan permintaan penduduk supaya menyemak semula PEIA dan mengarahkan Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd (RAGMSB) menyediakan laporan terperinci.

Pada 21 Mac, 2008, empat wakil penduduk, Wong Kin Hoong, Chong Sow Pin, Hue Fui How dan Mustapha Hussin (sudah meninggal dunia), memfailkan permohonan bagi kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman dengan menamakan Ketua Pengarah Alam Sekitar dan RAGMSB.

Penduduk mahu Ketua Pengarah Alam Sekitar mengarahkan RAGMSB menyediakan laporan EIA terperinci kerana mereka mendakwa laporan awal EIA (PEIA) yang diserahkan oleh syarikat itu pada 27 Ogos, 1996 mengandungi kecacatan serius.

Mereka mendakwa laporan PEIA tidak memasukkan maklumat mengenai di mana dan bagaimana sisa rawatan lombong emas itu dibuang dan juga tidak mengandungi maklumat mencukupi mengenai sisa efluen. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan