Bazar Ramadan: Pengarah Urusan Hadapi 12 Pertuduhan Guna Dokumen Palsu

Diterbitkan: Rabu, 5 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang Pengarah Urusan syarikat pengiklanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Selasa terhadap 12 pertuduhan memalsukan dokumen dan menggunakan dokumen palsu berhubung jualan di Bazar Ramadan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini tujuh tahun lepas.

Bagi pertuduhan pertama, Kamarullizam Misran, 37, didakwa memalsukan dokumen iaitu surat memohon tapak berniaga di Jalan TAR di sini bertarikh 6 September 2005, dan borang permohonan lesen penjaja sementara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas nama Rita Juliana Mohd Ali, 32.

Dia telah menandatangani dokumen itu sebagai tandatangan pemohon sedangkan Rita Juliana adalah pemohon yang sah untuk permohonan tersebut.

Kamarullizam menggunakan dokumen itu untuk tujuan mendapatkan lesen penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan daripada pemalsuan dokumen itu menyebabkan wang RM11,000 diserahkan kepadanya oleh seorang penjaja Ahmad Adris, 48, dengan maksud supaya dokumen-dokumen palsu itu digunakan untuk menipu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Peniaga Kecil DBKL di sini antara 6 September 2005 dan 11 Oktober 2005 dan didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi 11 lagi pertuduhan, Kamarullizam didakwa dengan curang menggunakan dokumen berupa surat memohon berniaga di Jalan TAR dan juga di Jalan Masjid India di sini, sempena bulan Ramadan dan borang permohonan lesen penjaja sementara DBKL atas nama 11 penjaja sebagai tulen sedangkan dokumen itu adalah palsu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat yang sama antara 9 Sept 2005 dan 11 Okt 2005 dan didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muhammad Sinti menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap Kamarullizam bagi kesemua pertuduhan serta syarat tambahan yang memerlukan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Peguam S. Devanandan yang mewakili tertuduh memohon jaminan sebanyak RM5,000 kerana tertuduh mempunyai enam tanggungan termasuk isterinya yang tidak bekerja, selain dia memberi kerjasama kepada SPRM sepanjang proses penyiasatan.

Hakim Rozilah Salleh membenarkan Kamarullizam diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 19 Oktober untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan