Pemilik Tadika Bebas Tuduhan Rogol

Diterbitkan: Selasa, 4 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pemilik bersama sebuah tadika, Ewe Peng Lip, 49, yang sebelum ini didapati bersalah kerana merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, dilepaskan dan dibebaskan pada Selasa selepas Mahkamah Tinggi di sini menerima rayuan dikemukakannya.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zamani Abdul Rahim yang secara keseluruhan mengambil masa lebih tiga jam untuk membacakan alasan penghakiman beliau pagi ini.

Beliau berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Ewe didapati bersalah kerana merogol mangsa pada 29 Mac dan dipenjara 20 tahun dan menerima 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap seorang kanak-kanak yang kini berusia lapan tahun di sebuah tadika di Bukit Dumbar antara pukul 8.10 pagi dan tengah hari beberapa kali antara Januari dan April 2008.

Zamani berkata pihak pendakwaan perlu memfailkan rayuan kepada mahkamah tinggi.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan