Buruh Indonesia Rompak Majikan Enggan Bayar Gaji

Diterbitkan: Selasa, 4 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang buruh Indonesia memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa dia merompak majikannya kerana enggan membayar gaji.

Riko Ariansyah, 20, berkata dari kandang tertuduh bahawa dia telah meminta gajinya beberapa kali tetapi permintaan itu tidak diendahkan.

"Itulah sebabnya saya mengambil komputer ribanya. Setiap kali saya meminta wang gaji, dia berdiam diri. Dia balik ke kampung halamannya daripada membayar gaji saya," kata Riko.

Dia didakwa memecah masuk rumah Muhamad Mahyudin Samihin, 35, bersama rakannya Ahmad Susanto, 27, dan melarikan dua buah komputer riba, sebuah keyboard, gelang perak serta wang tunai sebanyak RM166.

Mereka melakukan kesalahan itu di No 17, Jalan Jurang 8/19 di Seksyen 8 pada pukul 2 pagi, 19 Ogos.

Kedua-dua tertuduh melakukan kerja pengubahsuaian di rumah Muhamad Mahyudin.

Mereka tidak diwakili peguam dan mengaku bersalah terhadap kesalahan itu.

Riko turut didakwa atas kesalahan tinggal melebihi tempoh di negara ini manakala Ahmad dituduh memasuki negara ini tanpa dokumen sah.

Majistret Nurul Syahida Zainal menetapkan hukuman penjara 20 bulan untuk setiap seorang atas kesalahan itu.

Atas kesalahan tinggal melebihi tempoh sah, Riko dikenakan hukuman penjara tiga bulan manakala Ahmad dipenjara sebulan dengan satu sebatan kerana memasuki negara ini secara haram.

Mahkamah memerintahkan hukuman dijalankan secara serentak.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahida Md Nor.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan