Peniaga Didenda RM33,500 Miliki Rokok Seludup

Diterbitkan: Isnin, 3 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Seorang peniaga didenda RM33,500 atau 12 bulan penjara jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Majistret di sini atas tiga kesalahan memiliki barang larangan import iaitu rokok seludup pada 2011.

Majistret Chiang Kian Hong mengenakan hukuman itu terhadap Por Beng Soon, 46, selepas dia mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan.

Bagi kesalahan pertama dia didakwa memiliki 6,800 batang rokok putih pelbagai jenama bernilai RM204 di sebuah rumah beralamat di Nombor 1, Lorong Sejahtera Permai 2, Taman Sejahtera Permai, Alma, Bukit Mertajam pada 5 petang, 18 Mei 2011.

Untuk kesalahan kedua, Por dituduh memiliki 6,800 batang rokok putih pelbagai jenama dan 2,080 batang rokok kretek pelbagai jenama bernilai RM677.60 di premis Aik Hau Mini Market di Nombor 69, Jalan Alma Jaya, Taman Budiman, Alma, Bukit Mertajam pada 4 petang, 18 Mei 2011.

Kesalahan ketiga tertuduh didakwa memiliki 18,000 batang rokok putih pelbagai jenama dan 7,800 batang rokok kretek pelbagai jenama bernilai RM2,082 di rumah beralamat nombor 10, Lorong Impian 19, Taman Impian, Alma, Bukit Mertajam, pada 4.30 petang 18 Mei 2011.

Por yang tidak mempunyai kesalahan lampau didakwa mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Terdahulu dalam rayuannya tertuduh yang bekerja sendiri memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan memandangkan dia terpaksa menanggung empat orang anak yang masih bersekolah serta menjaga seorang ibu yang tua dan uzur.

Pendakwaan dilakukan pegawai pendakwa Kastam Khairunnisa Ibrahim manakala Por tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan